Wednesday, May 7, 2014

Kata Aluan

Assalamualaikum dan salam persahabatan…

     Salam Akrab buat seluruh warga Kelab Akrab Malaysia dan semua para pembaca yang mengikuti perkembangan blog ini dan Akrab Malaysia khususnya.

     Syukur kehadrat Ilahi, dengan keizinan-Nya maka berdirilah kita sebagai sebuah Pertubuhan & Kelab yang akan terus mengembangkan misi dan visi kita untuk bersama memajukan mendaulatkan Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

  Seandainya mampu, ingin kita teruskan kegemilangan zaman Rasulullah sepertimana beliau mendirikan, membangunkan dan mempertahankan Kota Madinah. Konsep berkongsi dengan bangsa dan agama lain akan terus dikekalkan di dalam perjuangan ini.

    Tujuan blog ini dikeluarkan adalah untuk membolehkan setiap ahli / anggota AKRAB mengetahui dan menjadikannya sebagai rujukan dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai ahli / anggota AKRAB yang mana menjadi tanggungjawab kita untuk memahami dan mendalami misi & visi Pertubuhan & Kelab ini.

     Selamilah maksud dan makna di sebalik perkataan AKRAB. Carilah dan pelajarilah maksud dan maknanya. Disamping kita mencari, dapatlah juga hendaknya kita mendekatkan lagi jarak serta ikatan ukhwah sesama kita.

   Semoga segala usaha dan cita-cita ahli / anggota AKRAB akan diredhai dan diberkati. InsyaAllah….

Pengenalan Kelab

Kelab Akrab Malaysia adalah sebuah badan NGO yang berdaftar secara sah dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-031-02-25042012 atau pada asalnya 0862-12 KDH.



Tujuan Kelab ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul anak2 seagama Islam tidak mengira sudah menyertai mana2 majlis NGO atau masih kosong, lelaki mahupun wanita.

Matlamat penubuhan Kelab ini amat jelas iaitu semata-mata untuk menyatukan kita yg seagama.

Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dijalankan sepanjang penubuhan Kelab ini.. Ini termasuklah aktiviti permotoran, rekriasi dan sukan.

Selain dari itu, Kelab ini juga menjalankan aktiviti amal bersama masyarakat setempat.

Ahli Kelab ini digalakan untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.. Selain dari beriadah, kita juga  dapat saling mengenali dan ikatan ukhwah akan terjalin.

Kelab ni tiada kaitan dengan mana2 pertubuhan / NGO lain. Walau bagaimana pun, di dalam Kelab ini ahli-ahlinya terdiri dari ahli pelbagai majlis NGO lain seluruh Malaysia.

Syarat pengambilan menjadi ahli amat mudah iaitu harus seorang Muslim berumur 14 tahun dan keatas.

Pengambilan dibuat secara terbuka tanpa ada syarat2 lain.

MISI
Menjadi sebuah organisasi yang dapat mendidik, membina dan menyatupadukan kaum Islam agar dapat menuju kejayaan seiring dengan perkembangan ekonomi dan sosial sejagat.

VISI
Mencapai matlamat meningkatkan martabat Agama Islam dan ekonomi serta menjamin kestabilan dan keutuhan Agama, Bangsa dan Negara pada masa akan datang.

OBJEKTIF
1. Meningkatkan ekonomi berteraskan konsep Islam.
2. Menyatupadukan ahli dalam menuju ke arah kemajuan ekonomi dan sosial
3. Membina semangat kesetiaan serta jatidiri terhadap Agama,bangsa dan negara.
4. Mendidik ahli menjadi bangsa yang kompetitif dan berkualiti dalam mengharungi arus kehidupan.

Cara nak joint Kelab ni mudah je.. Saudara cuma perlu sms nama, alamat n no ic kepada mana2 wakil yang dilantik @ terus hubungi cawangan pusat di talian 
013-4337120 / 019-4602344. Kemudian cuma perlu bank in shj yuran pendaftaran ke no akaun yg akan di beri nnti...

BERMINAT DENGAN PRODUK @ INGIN MENJADI AHLI KELAB? DAFTARKAN DIRI ANDA..

Pakej yg ditawarkan:

PAKEJ 1 RM 35 > sijil keahlian + sticker kelab AKRAB motor / kereta

PAKEJ 1A RM 45 > sijil keahlian + sticker kelab AKRAB motor + kereta

PAKEJ 2 RM 60 > sijil keahlian + kad ahli + sticker kelab AKRAB motor / kereta + key chain AKRAB

PAKEJ 3 RM 100 > sijil keahlian + kad ahli + sticker kelab AKRAB motor & kereta + key chain AKRAB + t-shirt kelab

PAKEJ 3A RM 100 > sijil keahlian + kad ahli + sticker kelab AKRAB motor & kereta + t-shirt kolar kelab

PAKEJ REMAJA RM 40 > sijil keahlian + kad ahli + sticker motor kelab REMAJA AKRAB

PAKEJ REMAJA RM 60 > sijil keahlian + kad ahli + sticker motor kelab REMAJA AKRAB + key chain AKRAB

Maksud Logo




Huraian dan maksud logo rasmi Kelab

(1)         Bentuk Perisai
         Ahli Kelab yang sentiasa menjaga keutuhan Kelab dan ahli-ahli di dalamnya

(2)         Warna Putih
         Lambang keluhuran dan ketulusan hati semua ahli yang mengamalkan sifat                              nilai-nilai murni

(3)         Warna Merah
         Lambang keberanian dan semangat untuk memelihara hak hak kepentingan,                            keluarga dan masyarakat

(4)         Warna Hitam
         Lambang kepada ketiadaan unsur-unsur diskriminasi di dalam Kelab ini

(5)         Bulan dan Bintang
         Kedaulatan Raja-Raja dan 14 negeri yang terdapat di Malaysia

(6)         Tangkai Padi
         Lambang keharmonian dan perpaduan ahli

(7)         Tangan Berjabat
         Lambang kekukuhan dan keakraban sesama ahli dan masyarakat

(8)         Beramal Asas Sejati
         Moto Kelab yang mahukan setiap ahli mengamalkan jati diri yang baik                                    berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara




Huraian dan maksud kandungan logo

(1)     AKRAB
Perpaduan, setia kawan, ukhwah, gabungan dan penyatuan yang tidak dapat digoyah oleh sesiapa pun antara sesama ahli di dalam pertubuhan ini.

(2)     Beramal Asas Sejati
Moto pertubuhan yang mahukan setiap ahli mengamalkan pembawakan diri yang baik untuk memperkukuhkan lagi asas dan matlamat perjuangan.

(3)     Warna Putih
Lambang keluhuran dan ketulusan hati semua ahli yang mengamalkan sifat seorang ahli yang tidak mempunyai sifat iri hati dan dengki sesama ahli untuk bersama menegakkan matlamat perjuangan pertubuhan ini.

(4)     Warna Merah
Lambang keberanian dan semangat juang semua ahli yang bernaung di bawah barisan AKRAB. Sanggup bermandi darah demi menegakkan Agama, Bangsa dan Negara.

(5)     Warna Hitam
Lambang kepada panji-panji hitam yang dibawa semasa berjuang dan juga lambang kepada kerahsiaan yang harus dipelihara oleh semua ahli yang bernaung di dalam pertubuhan ini.
  
(6)     Bentuk Bintang Bucu 8
8 penjuru alam yang harus / boleh diteroka oleh setiap ahli untuk mencari ilmu, sahabat dan memperkukuhkan ekonomi semua ahli dan pertubuhan. Lambang kepada ketiadaan batas untuk mengembangkan matlamat perjuangan pertubuhan ini.

(7)     Bentuk “Ying dan Yang”
Lambang kepada nilai-nilai murni dan peringatan kepada semua ahli agar dapat berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan kerana setiap ahli perlu faham tentang wujudnya sifat berlawanan dalam setiap perkara di dunia ini.

(8)     Sarang Labah-labah
Melambangkan semua ahli bernaung di dalam satu pertubuhan walaupun berlainan Majlis dan pemimpin nya.

(9)     Dua ekor Naga
Lambang kepada kekuatan ahli yang sentiasa menjaga pertubuhan ini dengan seketat-ketatnya agar tidak diganggu gugat oleh sesiapa pun. Semangat juang yang tinggi untuk bersama menegakkan perjuangan pertubuhan juga ekonomi pertubuhan dan ahli.

(10)   Harimau
          Sifat ahli yang garang, tegas dan tangkas.

(11)   Pedang bersilang
Melambangkan kesediaan ahli AKRAB yang sentiasa sedia untuk berjuang kejalan Fisabilillah.



Borang Pendaftaran
Daftar keahlian anda segera di sini segera!!
  • 770430-08-3036
  • - -

Powered byEMF Web Form
Report Abuse