Wednesday, May 7, 2014

Maksud Logo




Huraian dan maksud logo rasmi Kelab

(1)         Bentuk Perisai
         Ahli Kelab yang sentiasa menjaga keutuhan Kelab dan ahli-ahli di dalamnya

(2)         Warna Putih
         Lambang keluhuran dan ketulusan hati semua ahli yang mengamalkan sifat                              nilai-nilai murni

(3)         Warna Merah
         Lambang keberanian dan semangat untuk memelihara hak hak kepentingan,                            keluarga dan masyarakat

(4)         Warna Hitam
         Lambang kepada ketiadaan unsur-unsur diskriminasi di dalam Kelab ini

(5)         Bulan dan Bintang
         Kedaulatan Raja-Raja dan 14 negeri yang terdapat di Malaysia

(6)         Tangkai Padi
         Lambang keharmonian dan perpaduan ahli

(7)         Tangan Berjabat
         Lambang kekukuhan dan keakraban sesama ahli dan masyarakat

(8)         Beramal Asas Sejati
         Moto Kelab yang mahukan setiap ahli mengamalkan jati diri yang baik                                    berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara




Huraian dan maksud kandungan logo

(1)     AKRAB
Perpaduan, setia kawan, ukhwah, gabungan dan penyatuan yang tidak dapat digoyah oleh sesiapa pun antara sesama ahli di dalam pertubuhan ini.

(2)     Beramal Asas Sejati
Moto pertubuhan yang mahukan setiap ahli mengamalkan pembawakan diri yang baik untuk memperkukuhkan lagi asas dan matlamat perjuangan.

(3)     Warna Putih
Lambang keluhuran dan ketulusan hati semua ahli yang mengamalkan sifat seorang ahli yang tidak mempunyai sifat iri hati dan dengki sesama ahli untuk bersama menegakkan matlamat perjuangan pertubuhan ini.

(4)     Warna Merah
Lambang keberanian dan semangat juang semua ahli yang bernaung di bawah barisan AKRAB. Sanggup bermandi darah demi menegakkan Agama, Bangsa dan Negara.

(5)     Warna Hitam
Lambang kepada panji-panji hitam yang dibawa semasa berjuang dan juga lambang kepada kerahsiaan yang harus dipelihara oleh semua ahli yang bernaung di dalam pertubuhan ini.
  
(6)     Bentuk Bintang Bucu 8
8 penjuru alam yang harus / boleh diteroka oleh setiap ahli untuk mencari ilmu, sahabat dan memperkukuhkan ekonomi semua ahli dan pertubuhan. Lambang kepada ketiadaan batas untuk mengembangkan matlamat perjuangan pertubuhan ini.

(7)     Bentuk “Ying dan Yang”
Lambang kepada nilai-nilai murni dan peringatan kepada semua ahli agar dapat berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan kerana setiap ahli perlu faham tentang wujudnya sifat berlawanan dalam setiap perkara di dunia ini.

(8)     Sarang Labah-labah
Melambangkan semua ahli bernaung di dalam satu pertubuhan walaupun berlainan Majlis dan pemimpin nya.

(9)     Dua ekor Naga
Lambang kepada kekuatan ahli yang sentiasa menjaga pertubuhan ini dengan seketat-ketatnya agar tidak diganggu gugat oleh sesiapa pun. Semangat juang yang tinggi untuk bersama menegakkan perjuangan pertubuhan juga ekonomi pertubuhan dan ahli.

(10)   Harimau
          Sifat ahli yang garang, tegas dan tangkas.

(11)   Pedang bersilang
Melambangkan kesediaan ahli AKRAB yang sentiasa sedia untuk berjuang kejalan Fisabilillah.



1 comment:

  1. Assalamualaikum, boleh saya tanya apa perbezaan logo diataa dgn logo di bawah

    ReplyDelete

Borang Pendaftaran
Daftar keahlian anda segera di sini segera!!
  • 770430-08-3036
  • - -

Powered byEMF Web Form
Report Abuse