Wednesday, May 7, 2014

Pengenalan Kelab

Kelab Akrab Malaysia adalah sebuah badan NGO yang berdaftar secara sah dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran PPM-031-02-25042012 atau pada asalnya 0862-12 KDH.



Tujuan Kelab ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul anak2 seagama Islam tidak mengira sudah menyertai mana2 majlis NGO atau masih kosong, lelaki mahupun wanita.

Matlamat penubuhan Kelab ini amat jelas iaitu semata-mata untuk menyatukan kita yg seagama.

Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dijalankan sepanjang penubuhan Kelab ini.. Ini termasuklah aktiviti permotoran, rekriasi dan sukan.

Selain dari itu, Kelab ini juga menjalankan aktiviti amal bersama masyarakat setempat.

Ahli Kelab ini digalakan untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.. Selain dari beriadah, kita juga  dapat saling mengenali dan ikatan ukhwah akan terjalin.

Kelab ni tiada kaitan dengan mana2 pertubuhan / NGO lain. Walau bagaimana pun, di dalam Kelab ini ahli-ahlinya terdiri dari ahli pelbagai majlis NGO lain seluruh Malaysia.

Syarat pengambilan menjadi ahli amat mudah iaitu harus seorang Muslim berumur 14 tahun dan keatas.

Pengambilan dibuat secara terbuka tanpa ada syarat2 lain.

MISI
Menjadi sebuah organisasi yang dapat mendidik, membina dan menyatupadukan kaum Islam agar dapat menuju kejayaan seiring dengan perkembangan ekonomi dan sosial sejagat.

VISI
Mencapai matlamat meningkatkan martabat Agama Islam dan ekonomi serta menjamin kestabilan dan keutuhan Agama, Bangsa dan Negara pada masa akan datang.

OBJEKTIF
1. Meningkatkan ekonomi berteraskan konsep Islam.
2. Menyatupadukan ahli dalam menuju ke arah kemajuan ekonomi dan sosial
3. Membina semangat kesetiaan serta jatidiri terhadap Agama,bangsa dan negara.
4. Mendidik ahli menjadi bangsa yang kompetitif dan berkualiti dalam mengharungi arus kehidupan.

Cara nak joint Kelab ni mudah je.. Saudara cuma perlu sms nama, alamat n no ic kepada mana2 wakil yang dilantik @ terus hubungi cawangan pusat di talian 
013-4337120 / 019-4602344. Kemudian cuma perlu bank in shj yuran pendaftaran ke no akaun yg akan di beri nnti...

BERMINAT DENGAN PRODUK @ INGIN MENJADI AHLI KELAB? DAFTARKAN DIRI ANDA..

Pakej yg ditawarkan:

PAKEJ 1 RM 35 > sijil keahlian + sticker kelab AKRAB motor / kereta

PAKEJ 1A RM 45 > sijil keahlian + sticker kelab AKRAB motor + kereta

PAKEJ 2 RM 60 > sijil keahlian + kad ahli + sticker kelab AKRAB motor / kereta + key chain AKRAB

PAKEJ 3 RM 100 > sijil keahlian + kad ahli + sticker kelab AKRAB motor & kereta + key chain AKRAB + t-shirt kelab

PAKEJ 3A RM 100 > sijil keahlian + kad ahli + sticker kelab AKRAB motor & kereta + t-shirt kolar kelab

PAKEJ REMAJA RM 40 > sijil keahlian + kad ahli + sticker motor kelab REMAJA AKRAB

PAKEJ REMAJA RM 60 > sijil keahlian + kad ahli + sticker motor kelab REMAJA AKRAB + key chain AKRAB

1 comment:

  1. What is nano titanium by babyliss pro? - iTanium Arts
    Is nano titanium by babyliss pro a problem? This is a classic titanium lug nuts plastic bottle, which edc titanium contains a whole new element titanium bikes in apple watch series 6 titanium your nose, titanium legs

    ReplyDelete

Borang Pendaftaran
Daftar keahlian anda segera di sini segera!!
  • 770430-08-3036
  • - -

Powered byEMF Web Form
Report Abuse